Friday, 17 March 2017

E-IKLAN






Tempah Plate E-IKLAN


Tempah Plate E-IKLAN diterbitkan bagi membantu para peniaga-peniaga barang permotoran untuk memasarkan barang jualan. Idea ini saya dapat kerana kebanyakan peniaga sekarang berkonsepkan (PART-TIME) dalam masa yang sama mempunyai perkerjaan tetap.

Memang sukar menguruskan dua kerja dalam satu masa, waktu berkerja tiada masa untuk menjalankan perniagaan dan bila tamat waktu kerja badan keletihan hendak menjalankan perniagaan.

Ini menyebabkan masa mencari pelanggan anda telah "hilang" sewaktu anda bekerja. Bayangkan jika waktu tersebut anda boleh dapat sekurang-kurangnya 2-3 orang pembeli.



Jalan yang terbaik ialah anda boleh membuat sewaan iklan, jika anda ada modal puluhan ribu anda boleh membuat iklan di televisyen. Jika anda mempunyai bajet yang tipis anda boleh membuat pengiklanan di Tempah Plate E-IKLAN.

Dengan harga sewaan serendah 0.33sen/sehari besamaan RM10/bulan dapat membantu anda menyiarkan barang jualan anda. Kami akan siarkan di FB dan BLOG ini.

PAGE fb kami mempunyai lebih kurang 13,000 follower yang mencintai sukan permotoran yang sekurang-kurangnya 3000 view setiap hari.
BLOG kami juga mampu mencapai 1000 view setiap hari oleh pengguna GOOGLE.

HARGA 

Harga untuk sewaan adalah RM10/bulan untuk 1 lot ( FB dan BLOG ). Tempoh sewaan adalah selama 30 hari bermula dari tarikh pemasangan iklan.


BAGAIMANA HENDAK MEMBUAT SEWAAN IKLAN?

1. Whatapps ke 013-3967167
2. Buat pembayaran melalui MAYBANK atau CIMB
3. Berikan gambar barang , maklumat dan telefon.
4. Selesai.



Thursday, 16 March 2017

Spesifikasi No Plat Kenderaan


Bentuk Plat Nombor Pendaftaran Kenderaan yang dibenarkan.

1. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di'embossed' atas bingkai hitam.
2. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di'embossed' atas bingkai berwarna merah bagi kenderaan kedutaan , PBB dan International Natural Rubber Association.
3. Huruf dan nombor berwarna hitam yang di'embossed' atas bingkai berwarna putih bagi teksi atau kereta sewa.





















Monday, 13 March 2017

11 AKIBAT JIKA GAGAL TANGANI STRES DARI SEKARANG

1. Marah selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita jadi lemah selama 6 jam.

2. Dendam dan Menyimpan Kepahitan akan menyebabkan imun tubuh kita mati. Dari situlah bermula segala penyakit, seperti Stress, Kolesterol, Hipertensi, Serangan Jantung, Rhematik, Arthtritis, Stroke ( perdarahan/penyumbatan pembuluh darah )

3. Jika kita sering biarkan diri kita Stress, maka kita akan alami Gangguan Pencernaan.

4. Jika kita sering merasa Khuatir, maka kita mudah terkena penyakit Nyeri Bahu.

5. Jika kita Mudah Tersinggung, maka kita akan cenderung terkena penyakit Insomnia (susah tidur).

6. Jika kita sering mengalami Kebingungan, maka kita akan terkena Gangguan Tulang Belakang Bahagian Bawah.

7. Jika kita sering biarkan diri kita rasa takut yang Berlebihan, maka kita akan mudah terkena penyakit Ginjal.

8. Jika kita suka Berfikiran Negatif, maka kita akan mudah terkena Dyspepsia ( penyakit sulit mencerna ).

9. Jika kita mudah Emosi & cenderung Pemarah, maka kita terdedah pada penyakit Hepatitis.

10. Jika kita sering merasa "Sombong" ( menolak kebenaran dan meremehkan orang lain ) terhadap lingkungan, maka kita akan berpotensi mengalami Penurunan Kekebalan Tubuh.

12. Jika kita sering Anggap Mudah semua persoalan, maka hal ini boleh akibatkan penyakit Diabetes.

13. Jika kita sering merasa Kesepian, maka kita boleh terkena penyakit Demensia Senelis ( berkurangnya memori dan kontrol fungsi tubuh ).

14. Jika kita sering Bersedih dan rasa selalu Rendah Diri, maka kita boleh terkena penyakit Leukemia ( kanser darah putih )

Sumber dari buku “The Healing dan Discovering the Power of the Water” By : Dr. Masaru Emoto.

~Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah


Tuesday, 7 March 2017

Panduan Tukar Nama Kenderaan


Adakah anda baru pertama kali buat pertukaran nama hak milik kenderaan? Disini ada sedikit panduan dan cara-cara untuk anda tukar nama hak milik kenderaan.

 Langkah Pertama
1. Pastikan kereta anda mestilah standard. Tiada modifikasi yang tidak dibenarkan atau belum mendapat kelulusan daripada kawalselia bahagian teknik JPJ.
2. No. casis dan nombor enjin ( tiada ganguan diketuk atau dikimpal semula)( ini untuk pengesahan identiti).
3. Tiada potong body, (potong sambung). Kalau setakat pillar potong sebatang, 2 batang tak ada masalah, janji jangan potong kesemua tiang pillar ( tiang pintu, yang 6 batang tu).
4. Cermin mestilah cerah. Kadar ketelusan cahaya bagi cermin depan wajib 70%, cermin sisi dan belakang 50%.

Langkah Kedua
1. Pergi Puspakom, ambil pas pelawat, tinggal IC..
2. Bawa kereta ke line tukar hak milik , sesetengah puspakom sekali dengan pemeriksaan kewangan dan Khas.
3. Bayar RM30. cakap kat diaorang nak buat tukar nama.
4. Tunggu sampai V.E ambil kereta korang.
5. Lepas siap dioarang periksa, ambil kereta dan parking kat tempat diaorang sediakan.
6. Tunggu sampai diaorang panggil ambil keputusan (VR1) sekarang warna merah kertas nya.

*Keputusan Puspakom (VR1) hanya tahan selama 1 bulan sahaja.


Langkah Ketiga

Setelah siap pemeriksaan puspakom anda perlu ke pergi JPJ.

1. Pergi kaunter pertanyaan.
2. Cakap nak buat tukar nama.
3. Nanti mereka akan bagi borang.
4. Untuk ic owner lama, nanti mereka akan bagi borang.. korang fotostat, kemudian gunting dan lekatkan di tempat yang disediakan.. kalau owner tak datang dengan anda, sila sahkan dipesuruhjaya sumpah.
5. Kalau roadtax masih hidup, anda pergi buat insuran atas nama anda dulu, tapi kalau nak mudah.. anda semua tunggu roadtax mati dulu.. tak payah hidup insuran.. tapi jangan pula sampai tamat tempoh (VR1) tadi.
6. Semak semula dokumen anda, bila dah cukup bawak balik ke koaunter peranyaan JPJ tadi..  suruh mereka tolong semak dokumen tadi.
7. Bila dah cukup, ambil nombor giliran tunggu sehingga dipanggil.
8. Sampai giliran anda bagi ic original dengan yuran bayaran rm 100.00.
9. Lepas tu mereka akan suruh anda tunggu sebentar.
10. Tunggu sampai kaunter panggil, tandatangan geran baru, kalau dah penuh geran lama tu le.. kalau tak tandatangan tempat yang disediakan.
11. Urusan selesai.

*Kos tukar hak milik nama dalam RM130 sahaja tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Monday, 6 March 2017

TAPAK IKLAN UNTUK DISEWA DI BLOG INI


Apakah fungsi pengiklanan sebenarnya?. Adakah ia sekadar mengiklankan barang yang anda hendak jual?. Disini saya berikan sedikit tips untuk anda buat sebelum iklankan produk anda. Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah penjenamaan kedai anda. Untuk penjenamaan produk anda perlu mencipta satu LOGO yang berkaitan dengan produk anda. 

Dengan adanya logo para pelayar internet akan kerap melihat LOGO anda dimana-mana blog, laman sosial atau papan iklan dan ini membuatkan pelayar internet tahu yang produk anda masih gah berdiri.

Contoh: Ahmad ke blog saya terlihat iklan produk anda, kemudian ke blog sebelahpun terlihat iklan anda. Malah kemana-mana blog pasti ada iklan yang berLOGOkan kedai anda. Pastinya Ahmad tahu bahawa barang anda bukan calang-calang produk.

Anda perlu tau walaupun anda hanya sekadar peniaga drophip anda mampu membina jenama anda sendiri. Dengan pengiklanan ramai pelayar internet yakin produk anda adalah berjenama.

Sekarang ramai para-para blogger di Malaysia ni menawarkan sewa tapak iklan untuk muatkan diruang blog mereka. Sangat mudah dan murah untuk anda berurusan.

Dengan modah serenda RM10 untuk pengiklanan selama sebulan bayangkan untuk satu blog dilawati sekitar 1000 orang yang melihat iklan anda. Walaupun mereka tidak berminat tetapi anda berjaya membuatkan mereka MELIHAT jenama anda.

Tapak iklan untuk disewa di blog kami. Berminat sila hubungi whatsapp 0133967167 untuk keterangan lanjut.

Antara lokasi untuk ruangan iklan:

1. Ruang Header ( RM20/bulan)
2. Ruang Post ( RM15/bulan)
3. Ruang Sisi Kanan (RM10/bulan)
4. Ruang Facebook (10/bulan)


Untuk ruang facebook kami telah membuat satu ruang post khas Tempah Plate E-Iklan untuk para peniaga online terutamanya jualan barang berkonsep permotoran. Contoh ruangan seperti gambar di bawah:


Tuesday, 10 January 2017

Duit Tak Keluar Dari Mesin ATM


Pergi cucuk duit kat ATM tetapi duit tak keluar.. lepas tu chek balik baki dapati duit berkurangan.. Bila anda kena macamni jangan panik.. dan jangan sepak terajang mesin ATM tu buat sakit kaki je. yela sape tak marah tengah-tengah kering duit pulak tak keluar...

Apabila anda terkena seperti situasi ini perkara pertama ialah ingat MASA dan TEMPAT kejadian... Lepas tu kat ATM mesin tu ada tertulis contact CUSTOMER SERVICE.. Call je nombor tersebut...

Macam biasa operator yang jawab minta tekan 1,2,3,5... anda pilih untuk yang bercakap dengan PERUNDING PERKHIDMATAN PELANGGAN... ikut je arahan operator tu sampai dapat... macam call astro minta sambung balik siaran tu...



PPP akan jawab call anda tanya... "lu mau apa ??"... takde la gurau je.. Nanti dia akan tanya masalah yang berkaitan.. kita cerita la duit tak keluar dari mesin ATM... nanti dia akan buat pengesahan dengan 1001 soalan dituju bertubi-tubi kepada anda untuk mengesahkan anda adalah PEMILIK AKAUN tersebut... jawap je dengan tenang dan betul.. tapi jangan main hentam jawab... nanti gigit jari.


Dah komfom dan anda telah dikenal pasti baru PPP akan buat satu laporan pasal duit tak keluar tu... PPP akan bagi nombor repot kat kita... kalau dia tak bagi kena minta jugak nombor repot tu... sebab untuk rujukan kita nanti...

PPP akan bagitau duit tersebut akan refund semula dalam masa 5-7 hari dan berikan anda nombor repot tersebut... So, terpaksala puasa dulu selama 5-7 hari...

Semoga perkongsian saya dapat membantu anda yang mana alami masalah yang sama... t.kasih...





Fenomena Berbasikal

Basikal dan manusia memang tidak dapat dipisahkan kerana pengangkutan ini sudah berabad digunakan sebelum motor berenjin diperkenalkan. Kemu...