Wednesday 22 March 2017

Apa Itu Coverset HLY dan HLD





PERSAMAAN & PERBEZAAN  Coverset HLY dan HLD Ori Motor, Ori Kilang, dan Ori Kedai.



Ramai yang tertanya-tanya apa perbezaan antara coverset HLY dengan HLD. Saya akan cuba menerangkan secara detail tentang perkara ini. Penerangan ini agak panjang dan akan disertakan dengan beberapa contoh dari dunia kereta.

HLY adalah singkatan bagi "Hong Leong Yamaha", HLD pula adalah "HonLiD". Terdapat juga beberpa jenama lain yang membuat coverset seperti M-Seki, Nakasone, dan Imasen.

Apa yang membuatkan semua coverset tu sama ialah kat kotak tulis "MADE IN MALAYSIA". Persamaan lain yang mungkin kita tak nampak sangat ialah material membuat coverset iaitu ABS. ABS ialah Acrylonitrile-Butadiene-Styrene iaitu sejenis polimer bersifat termoplastik. Antara barang lain yang dibuat menggunakan ABS ialah cover side mirror kereta, jejari yang terdapat di piano yang bewarna hitam dan putih, dan permainan LEGO yang terdapat pelbagai warna.

Apa yang cuba saya tekankan di sini ramai yang membezakan coverset melalui warna bahagian dalam coverset kerana kebanyakan coverset HLY sebelah dalam bewarna putih, manakala jenama lain berwarna hitam. Jika anda berani buka side mirror kerete Volkswagon Polo, Golf, Jetta, mahupun Passat cuba anda lihat warna bahagian sebelah dalam adalah bewarna hitam. Jadi takkan la Volkswagon yang mahal tu gunakan material yang yang tak ori kot. Oleh itu, material ABS ini boleh terdapat dalam pelbagai warna dan boleh di sembur dengan cat sebagai finishing produk tersebut.Selain itu perbezaan yang kita boleh lihat antara HLY terdapat span di bahagian dalam coverset manakala HLD pula tiada span.

Baju Hujan Ori HLY 0133967167


HLY merupakan pengedar utama untuk alat ganti Yamaha di Malaysia, tapi mungkin ramai dalam kalangan anda tak tahu bahawa sebahagian alat ganti Yamaha dibuat oleh Hicom-Yamaha yang membuat alat ganti tulen "Original Equipment Manufacturer (OEM)" a.k.a ori kilang yang orang selalu sebut. (Rujukan: http://www.hicomyamaha.com). HLD pula merupakan jenama aftermarket yang membuat, menjual, mengedar alat ganti dan ubahsuai motorsikal. Apakah itu aftermarket a.k.a ori kedai yang selalu anda sebut-sebutkan? Aftermarket adalah pembuat alat ganti atau ubah suai untuk sesuatu barang.



Dalam dunia kereta, antara jenama atau syarikat aftermarket yang terkenal adalah HKS, Apexi, Greedy, Momo, Recaro, Sparco, dan sebagainya untuk pelbagai model kereta. Jadi sama seperti motorsikal terdapat pelbagai jenama seperti Hi-Speed, Shark, Yoshimura, RK-M, SSS, Faito dan sebagainya. Tetapi terdapat juga barang jenama-jenama ini digunakan terus di motorsikal yang baru.
Ori motor pula merupakan barang yang memang asal terdapat pada motor semasa di hasilkan di kilang.

Itu sahaja perkongsian dari Jaxx Coverset.

''US Route 50'' Laluan Kegemaran Para Biker Di Amerika

Ini adalah "U.S Route 50" ia terkenal sebagai jalan yang paling panjang, sunyi dan menyeramkan, laluan utama timur-barat perjalana...