Showing posts with label Fenomena Berbasikal. Show all posts
Showing posts with label Fenomena Berbasikal. Show all posts

Saturday, 31 October 2026

Fenomena Berbasikal




Basikal dan manusia memang tidak dapat dipisahkan kerana pengangkutan ini sudah berabad digunakan sebelum motor berenjin diperkenalkan.

Kemudian basikal berevolusi mengikut peredaran zamannya. Bermula sebagai pengangkutan utama dan pada hari ini kebanyakan yang memiliki basikal untuk bersukan dan juga hobi.

Selain itu zaman kanak-kanak kita akan mengimbau keseronokkan berbasikal bersama rakan-rakan. Banyak aktiviti yang dilakukan dengan berbasikal.

Meningkat dewasa basikal dijadikan sebagai satu hobi dan sukan. Pengeluar basikal juga semakin banyak mengeluarkan design dan patern terkini basikal.




Ada basikal dicipta untuk laluan bukit, laluan jalanraya, track dan juga freestyle bmx.

Bukan itu sahaja , ada juga anak-anak muda yang kreatif menggayakan basikal mereka dengan aksesori yang menarik.

Pendapat saya permintaan basikal di Malaysia adalah amat baik kerana semua golongan suka berbasikal dari kanak-kanak hingga orang dewasa.

Harga basikal jugak berbeza mengikut jenama dan kualitinya. Jadi peminat juga memiliki basikal mereka mengikut kemampuan dan hobinya.

Walaupun begitu amat dukacita kerana kita lihat segelintir remaja terjebak dengan basikal yang ditunggang secara berbahaya dijalanraya hingga mengakibatkan kemalangan.




Bagi saya tidak salah berbasikal diatas jalanraya selagi kita sentiasa berhati-hati dan saling hormat menghormati semasa pengguna jalanraya yang lain.

Walaupun terdapat buli oleh pengguna jalanraya yang lain terhadap penunggang basikal tetapi keselamatan mesti diutamakan.

JPJ juga telah menasihatkan pengguna basikal agar menggunakan helmet , lampu dan loceng demi keselamatan semasa menunggang.







Fenomena Berbasikal

Basikal dan manusia memang tidak dapat dipisahkan kerana pengangkutan ini sudah berabad digunakan sebelum motor berenjin diperkenalkan. Kemu...