Saturday, 31 October 2026

Fenomena Berbasikal




Basikal dan manusia memang tidak dapat dipisahkan kerana pengangkutan ini sudah berabad digunakan sebelum motor berenjin diperkenalkan.

Kemudian basikal berevolusi mengikut peredaran zamannya. Bermula sebagai pengangkutan utama dan pada hari ini kebanyakan yang memiliki basikal untuk bersukan dan juga hobi.

Selain itu zaman kanak-kanak kita akan mengimbau keseronokkan berbasikal bersama rakan-rakan. Banyak aktiviti yang dilakukan dengan berbasikal.

Meningkat dewasa basikal dijadikan sebagai satu hobi dan sukan. Pengeluar basikal juga semakin banyak mengeluarkan design dan patern terkini basikal.




Ada basikal dicipta untuk laluan bukit, laluan jalanraya, track dan juga freestyle bmx.

Bukan itu sahaja , ada juga anak-anak muda yang kreatif menggayakan basikal mereka dengan aksesori yang menarik.

Pendapat saya permintaan basikal di Malaysia adalah amat baik kerana semua golongan suka berbasikal dari kanak-kanak hingga orang dewasa.

Harga basikal jugak berbeza mengikut jenama dan kualitinya. Jadi peminat juga memiliki basikal mereka mengikut kemampuan dan hobinya.

Walaupun begitu amat dukacita kerana kita lihat segelintir remaja terjebak dengan basikal yang ditunggang secara berbahaya dijalanraya hingga mengakibatkan kemalangan.




Bagi saya tidak salah berbasikal diatas jalanraya selagi kita sentiasa berhati-hati dan saling hormat menghormati semasa pengguna jalanraya yang lain.

Walaupun terdapat buli oleh pengguna jalanraya yang lain terhadap penunggang basikal tetapi keselamatan mesti diutamakan.

JPJ juga telah menasihatkan pengguna basikal agar menggunakan helmet , lampu dan loceng demi keselamatan semasa menunggang.







Wednesday, 26 January 2022

''US Route 50'' Laluan Kegemaran Para Biker Di Amerika




Ini adalah "U.S Route 50" ia terkenal sebagai jalan yang paling panjang, sunyi dan menyeramkan, laluan utama timur-barat perjalanan sejauh 3,073 batu (4,946 km) bermula dari Interstate 80 (I-80) di Sacramento Barat, California, dan berakhir di Maryland Route 528 di Ocean City, Maryland, di Lautan Atlantik, mengambil masa kira² 8-15 hari untuk sampai ke hujung destinasi.

Laluan ini melalui padang pasir dan pergunungan yang kebanyakannya berada di bahagian barat us, melalui kawasan Nevada yang dikenali sebagai "The Loneliest Road in America". Di Midwest, AS sebahagian besar mempunyai kawasan ladang pertanian di luar bandar dan juga beberapa bandar besar termasuk Kansas City, Missouri; St. Louis, Missouri dan Cincinnati, Ohio.



 Laluan ini terus ke timur us, di mana ia melalui Pergunungan Appalachian di Virginia Barat, merentasi 12 buah negeri : California, Nevada, Utah, Colorado, Kansas, Missouri, Illinois, Indiana, Ohio, Virginia Barat, Virginia, dan Maryland, serta District of Columbia.





Inilah Ciri-Ciri Keselamatan Nombor Plate Yang Bakal Digunakan Indonesia

Cip berkenaan mengandungi data kenderaan peribadi. Selain memudahkan pembayaran tol, ia juga membolehkan proses pembayaran tempat letak kereta secara elektronik.

Bahkan, data peribadi berkenaan boleh diintegrasikan dalam mengesan bukti kesalahan trafik di jalan raya.

"Memang cip itu akan wujud, apalagi sekarang revolusi 4.0 telah berlaku. Cip ini banyak kegunaannya," kata Brigedier Jeneral Yusri Polis dipetik Antaranews.com.



Pada masa sama, Indonesia juga bakal mengubah latar belakang nombor plat daripada berwarna hitam menjadi putih bermula bulan Mac ini.

Ia adalah bagi menyokong penggunaan Pengecaman Plat Nombor Automatik (ANPR) dalam sistem tiket Penguatkuasaan Undang-undang Trafik Elektronik (ETLE).

Jelasnya, ANPR lebih sesuai dikuatkuasakan tanpa sebarang masalah dengan penggunaan latar belakang nombor plat berwarna putih dan huruf serta nombor standard.

Sunday, 26 September 2021

Sticker Roadbike MTB Untuk Repaint Frame


Assalamualaikum kepada peminat sukan berbasikal, disini saya ada menjual stiker untuk frame roadbike atau MTB. Untuk folding bike kena berhubung dengan saya untuk size. Khususnya kepada mereka yang nak repaint basikal warna baru dan perlukan stiker untuk dipasang.

Semua pilihan warna dan jenama ada disenaraikan pada produk. Sebarang tertanyaan boleh chat di shopee. 

Selamat berkayuh, Terima kasih.







Monday, 30 August 2021

PLATE KRISTAL MOTOR UPDATE 2021

 

\
Desgin nombor plate kristal sedia ada, selain dari ni xde.. pilih ikut kod bawah dan masuk order melalui shopee/kristalmotor tekan huruf merah akan terus ke shopee item.. Tempoh biasanya 2 hari baru kita pos, jika ada apa2 masalah boleh PM seller... TQVM
 

 

Thursday, 19 August 2021

NOMBOR PLATE LORI



Gambar yang diatas ini adalah produk plate untuk nombor plate besi lori, bagi pemilik lori yang sedang mencari nombor plate besi ini adalah plate yang sesuai kerana jika menggunakan plate plastik akan cepat patah. 

Size ikut pada buyer nk papan petak atau panjang. Untuk tempahan boleh order terus di shopee.. sebab di shopee kami..FREE POSTAGE.. boleh tekan link merah ni untuk terus ke shopee SHOPEE SIFUPLATE . Terima kasih...



Tuesday, 5 March 2019

Bercuti Di Chalet Su Kuala Terengganu




Kebetulan hujung bulan lepas amik cuti isteripun tunjukkan Chalet Su yang tengah viral dengan keindahan permandangan laut. Mula-mula macam nak tak nak jugak. 

Jadi pendekkan cerita pagi Isnin tu terus gerak ke Kuala Terengganu. Dalam pukul 3 selamat tiba di Kuala Terengganu terus buka waze cari Chalet Su & Spa. Nasib baik ada dalam Waze.



Waze terus bawa ke Chalet Su. Sampai je terus pegi reception tanya bilik. Nasib kurang baik kerana bilik yang harga RM9X (Seaview) telah dibooking orang. Jadi terpaksalah ambil bilik yang harga RM1XX (Seaview) untuk dapatkan bilik betul-betul menghadap ke laut.

Terus chek in 3D2N.

Mula-mula rasa macam rugi la melepas bilik yang RM9X.. hahaha.. Tapi tak nak spoilkan mood holiday ku gagahkan jua untuk family rasa happy.. huhu.

Wow ! Tak sangka berbaloi dengan nilai yang saya bayar. Bilik yang selesa dan persekitaran yang bersih. Bilik juga betul-betul menghadap ke laut.

Permandangan berlatar belakangkan Pulau Kapas dan angin laut yang nyaman. Ye la, kita ni orang belah bukit.. Sekali dapat suasana macam tu rasa satu pengalaman yang menarik jugak.

Lepas chek in rehat dalam bilik sekejap sebab penat drive. Tepat je pukul 5 terus buka baju berkubang terus kat pantai. Memang jauh beza dengan tahap kebersihan pantai di Port Dickson.

Chalet betul-betul depan pantai




Lokasi bilik yang saya inap betul-betul hadapan pantai, kalau malam tu syok la lepak luar sambil layan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa. Kalau kat sebelah pantai timur ni matahari akan terbit dari sini. Jadi kena bangun pagi-pagi la kalau nak tengok Sunrise...

Bab makan tak perlu risau kat sini banyak kedai makan yang boleh korang pegi, Macam saya pergi makan terus di Kuala Terengganu lebih kurang 15 minit dari penginapan sebab banyak lagi tempat menarik nak berjalan di Kuala Terengganu. Habis berjalan balik semula ke Chalet.

Matahari Terbit Waktu Pagi




Apa-apapun Chalet Su adalah lokasi penginapan wajib korang kena pergi kalau nak bawak anak-anak bercuti di Kuala Terengganu.. Dari segi permandangan, keselesaan dan kebersihan memang A.. Cuma dari segi keselamatan mandi dipantai kena hati-hati sikit sebab tak ada pemantau keselamatan. Hargapun mengikut kemampuan anda bermula dari RM5X ke RM1XX. Tu nasib la kalau bilik yang harga murah masih ada..

Itu saje pengalaman saya menginap di Chalet Su Kuala Terengganu. Sekian.



Fenomena Berbasikal

Basikal dan manusia memang tidak dapat dipisahkan kerana pengangkutan ini sudah berabad digunakan sebelum motor berenjin diperkenalkan. Kemu...