Wednesday 26 January 2022

Inilah Ciri-Ciri Keselamatan Nombor Plate Yang Bakal Digunakan Indonesia


Cip berkenaan mengandungi data kenderaan peribadi. Selain memudahkan pembayaran tol, ia juga membolehkan proses pembayaran tempat letak kereta secara elektronik.

Bahkan, data peribadi berkenaan boleh diintegrasikan dalam mengesan bukti kesalahan trafik di jalan raya.

"Memang cip itu akan wujud, apalagi sekarang revolusi 4.0 telah berlaku. Cip ini banyak kegunaannya," kata Brigedier Jeneral Yusri Polis dipetik Antaranews.com.

Pada masa sama, Indonesia juga bakal mengubah latar belakang nombor plat daripada berwarna hitam menjadi putih bermula bulan Mac ini.

Ia adalah bagi menyokong penggunaan Pengecaman Plat Nombor Automatik (ANPR) dalam sistem tiket Penguatkuasaan Undang-undang Trafik Elektronik (ETLE).

Jelasnya, ANPR lebih sesuai dikuatkuasakan tanpa sebarang masalah dengan penggunaan latar belakang nombor plat berwarna putih dan huruf serta nombor standard.

''US Route 50'' Laluan Kegemaran Para Biker Di Amerika

Ini adalah "U.S Route 50" ia terkenal sebagai jalan yang paling panjang, sunyi dan menyeramkan, laluan utama timur-barat perjalana...