Friday 24 March 2017

Jenis-Jenis Cermin Windshield Kereta

Cermin kereta hadapan mempunyai 2 jenis ketebalan iaitu 1 layer dan 2 layer. Mana yang lebih berbaloi antara kedua-dua jenis cermin kereta ini?. 

CERMIN DOUBLE LAYER (2 Lapis)

Double layer terdiri daripada 3 lapisan iaitu lapisan kaca luar , lapisan PVC dan lapisan kaca dalam pada bahagian dalam. Jika berlaku hentakkan pada cermin, impak dia tidak jadi terlalu teruk dan keselamatan kepada pemandu adalah selamat. 


impak retak



CERMIN SINGLE LAYER (1 Lapis)

Jenis cermin single layer tidak digalakkan dipasang pada cermin hadapan kenderaan kerana cerminnya yang nipis dan tidak tahan hentakan. Sekiranya terkena hentakan, ia akan pecah berderai. Cermin single layer biasanya dipasangkan pada bahagian pintu cermin kereta dan belakang kereta.


contoh retak
Semoga anda jadi pemandu yang bijak dalam menentukan cermin mana yang jadi pilihan. Biar mahal sedikit janji anda selamat dan berpuas hati. 

Wednesday 22 March 2017

Apa Itu Coverset HLY dan HLD





PERSAMAAN & PERBEZAAN  Coverset HLY dan HLD Ori Motor, Ori Kilang, dan Ori Kedai.



Ramai yang tertanya-tanya apa perbezaan antara coverset HLY dengan HLD. Saya akan cuba menerangkan secara detail tentang perkara ini. Penerangan ini agak panjang dan akan disertakan dengan beberapa contoh dari dunia kereta.

HLY adalah singkatan bagi "Hong Leong Yamaha", HLD pula adalah "HonLiD". Terdapat juga beberpa jenama lain yang membuat coverset seperti M-Seki, Nakasone, dan Imasen.

Apa yang membuatkan semua coverset tu sama ialah kat kotak tulis "MADE IN MALAYSIA". Persamaan lain yang mungkin kita tak nampak sangat ialah material membuat coverset iaitu ABS. ABS ialah Acrylonitrile-Butadiene-Styrene iaitu sejenis polimer bersifat termoplastik. Antara barang lain yang dibuat menggunakan ABS ialah cover side mirror kereta, jejari yang terdapat di piano yang bewarna hitam dan putih, dan permainan LEGO yang terdapat pelbagai warna.

Apa yang cuba saya tekankan di sini ramai yang membezakan coverset melalui warna bahagian dalam coverset kerana kebanyakan coverset HLY sebelah dalam bewarna putih, manakala jenama lain berwarna hitam. Jika anda berani buka side mirror kerete Volkswagon Polo, Golf, Jetta, mahupun Passat cuba anda lihat warna bahagian sebelah dalam adalah bewarna hitam. Jadi takkan la Volkswagon yang mahal tu gunakan material yang yang tak ori kot. Oleh itu, material ABS ini boleh terdapat dalam pelbagai warna dan boleh di sembur dengan cat sebagai finishing produk tersebut.Selain itu perbezaan yang kita boleh lihat antara HLY terdapat span di bahagian dalam coverset manakala HLD pula tiada span.

Baju Hujan Ori HLY 0133967167


HLY merupakan pengedar utama untuk alat ganti Yamaha di Malaysia, tapi mungkin ramai dalam kalangan anda tak tahu bahawa sebahagian alat ganti Yamaha dibuat oleh Hicom-Yamaha yang membuat alat ganti tulen "Original Equipment Manufacturer (OEM)" a.k.a ori kilang yang orang selalu sebut. (Rujukan: http://www.hicomyamaha.com). HLD pula merupakan jenama aftermarket yang membuat, menjual, mengedar alat ganti dan ubahsuai motorsikal. Apakah itu aftermarket a.k.a ori kedai yang selalu anda sebut-sebutkan? Aftermarket adalah pembuat alat ganti atau ubah suai untuk sesuatu barang.



Dalam dunia kereta, antara jenama atau syarikat aftermarket yang terkenal adalah HKS, Apexi, Greedy, Momo, Recaro, Sparco, dan sebagainya untuk pelbagai model kereta. Jadi sama seperti motorsikal terdapat pelbagai jenama seperti Hi-Speed, Shark, Yoshimura, RK-M, SSS, Faito dan sebagainya. Tetapi terdapat juga barang jenama-jenama ini digunakan terus di motorsikal yang baru.
Ori motor pula merupakan barang yang memang asal terdapat pada motor semasa di hasilkan di kilang.

Itu sahaja perkongsian dari Jaxx Coverset.

Friday 17 March 2017

E-IKLAN






Tempah Plate E-IKLAN

Tempah Plate E-IKLAN diterbitkan bagi membantu para peniaga-peniaga barang permotoran untuk memasarkan barang jualan. Idea ini saya dapat kerana kebanyakan peniaga sekarang berkonsepkan (PART-TIME) dalam masa yang sama mempunyai perkerjaan tetap.

Memang sukar menguruskan dua kerja dalam satu masa, waktu berkerja tiada masa untuk menjalankan perniagaan dan bila tamat waktu kerja badan keletihan hendak menjalankan perniagaan.

Ini menyebabkan masa mencari pelanggan anda telah "hilang" sewaktu anda bekerja. Bayangkan jika waktu tersebut anda boleh dapat sekurang-kurangnya 2-3 orang pembeli.

Jalan yang terbaik ialah anda boleh membuat sewaan iklan, jika anda ada modal puluhan ribu anda boleh membuat iklan di televisyen. Jika anda mempunyai bajet yang tipis anda boleh membuat pengiklanan di Tempah Plate E-IKLAN.

Dengan harga sewaan serendah 0.33sen/sehari besamaan RM10/bulan dapat membantu anda menyiarkan barang jualan anda. Kami akan siarkan di FB dan BLOG ini.

PAGE fb kami mempunyai lebih kurang 13,000 follower yang mencintai sukan permotoran yang sekurang-kurangnya 3000 view setiap hari.
BLOG kami juga mampu mencapai 1000 view setiap hari oleh pengguna GOOGLE.

HARGA 

Harga untuk sewaan adalah RM10/bulan untuk 1 lot ( FB dan BLOG ). Tempoh sewaan adalah selama 30 hari bermula dari tarikh pemasangan iklan.


BAGAIMANA HENDAK MEMBUAT SEWAAN IKLAN?

1. Whatapps ke 013-3967167
2. Buat pembayaran melalui MAYBANK atau CIMB
3. Berikan gambar barang , maklumat dan telefon.
4. Selesai.



Thursday 16 March 2017

Spesifikasi No Plat Kenderaan

3 Bentuk Plat Nombor Pendaftaran Kenderaan yang dibenarkan.

1. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di'embossed' atas bingkai hitam.
2. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di'embossed' atas bingkai berwarna merah bagi kenderaan kedutaan , PBB dan International Natural Rubber Association.
3. Huruf dan nombor berwarna hitam yang di'embossed' atas bingkai berwarna putih bagi teksi atau kereta sewa.











Monday 13 March 2017

11 AKIBAT JIKA GAGAL TANGANI STRES DARI SEKARANG

1. Marah selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita jadi lemah selama 6 jam.

2. Dendam dan Menyimpan Kepahitan akan menyebabkan imun tubuh kita mati. Dari situlah bermula segala penyakit, seperti Stress, Kolesterol, Hipertensi, Serangan Jantung, Rhematik, Arthtritis, Stroke ( perdarahan/penyumbatan pembuluh darah )

3. Jika kita sering biarkan diri kita Stress, maka kita akan alami Gangguan Pencernaan.

4. Jika kita sering merasa Khuatir, maka kita mudah terkena penyakit Nyeri Bahu.

5. Jika kita Mudah Tersinggung, maka kita akan cenderung terkena penyakit Insomnia (susah tidur).

6. Jika kita sering mengalami Kebingungan, maka kita akan terkena Gangguan Tulang Belakang Bahagian Bawah.

7. Jika kita sering biarkan diri kita rasa takut yang Berlebihan, maka kita akan mudah terkena penyakit Ginjal.

8. Jika kita suka Berfikiran Negatif, maka kita akan mudah terkena Dyspepsia ( penyakit sulit mencerna ).

9. Jika kita mudah Emosi & cenderung Pemarah, maka kita terdedah pada penyakit Hepatitis.

10. Jika kita sering merasa "Sombong" ( menolak kebenaran dan meremehkan orang lain ) terhadap lingkungan, maka kita akan berpotensi mengalami Penurunan Kekebalan Tubuh.

12. Jika kita sering Anggap Mudah semua persoalan, maka hal ini boleh akibatkan penyakit Diabetes.

13. Jika kita sering merasa Kesepian, maka kita boleh terkena penyakit Demensia Senelis ( berkurangnya memori dan kontrol fungsi tubuh ).

14. Jika kita sering Bersedih dan rasa selalu Rendah Diri, maka kita boleh terkena penyakit Leukemia ( kanser darah putih )

Sumber dari buku “The Healing dan Discovering the Power of the Water” By : Dr. Masaru Emoto.

~Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah


Tuesday 7 March 2017

Panduan Tukar Nama Kenderaan

Adakah anda baru pertama kali buat pertukaran nama hak milik kenderaan? Disini ada sedikit panduan dan cara-cara untuk anda tukar nama hak milik kenderaan.

 Langkah Pertama
1. Pastikan kereta anda mestilah standard. Tiada modifikasi yang tidak dibenarkan atau belum mendapat kelulusan daripada kawalselia bahagian teknik JPJ.
2. No. casis dan nombor enjin ( tiada ganguan diketuk atau dikimpal semula)( ini untuk pengesahan identiti).
3. Tiada potong body, (potong sambung). Kalau setakat pillar potong sebatang, 2 batang tak ada masalah, janji jangan potong kesemua tiang pillar ( tiang pintu, yang 6 batang tu).
4. Cermin mestilah cerah. Kadar ketelusan cahaya bagi cermin depan wajib 70%, cermin sisi dan belakang 50%.

Langkah Kedua
1. Pergi Puspakom, ambil pas pelawat, tinggal IC..
2. Bawa kereta ke line tukar hak milik , sesetengah puspakom sekali dengan pemeriksaan kewangan dan Khas.
3. Bayar RM30. cakap kat diaorang nak buat tukar nama.
4. Tunggu sampai V.E ambil kereta korang.
5. Lepas siap dioarang periksa, ambil kereta dan parking kat tempat diaorang sediakan.
6. Tunggu sampai diaorang panggil ambil keputusan (VR1) sekarang warna merah kertas nya.

*Keputusan Puspakom (VR1) hanya tahan selama 1 bulan sahaja.







Langkah Ketiga

Setelah siap pemeriksaan puspakom anda perlu ke pergi JPJ.

1. Pergi kaunter pertanyaan.
2. Cakap nak buat tukar nama.
3. Nanti mereka akan bagi borang.
4. Untuk ic owner lama, nanti mereka akan bagi borang.. korang fotostat, kemudian gunting dan lekatkan di tempat yang disediakan.. kalau owner tak datang dengan anda, sila sahkan dipesuruhjaya sumpah.
5. Kalau roadtax masih hidup, anda pergi buat insuran atas nama anda dulu, tapi kalau nak mudah.. anda semua tunggu roadtax mati dulu.. tak payah hidup insuran.. tapi jangan pula sampai tamat tempoh (VR1) tadi.
6. Semak semula dokumen anda, bila dah cukup bawak balik ke koaunter peranyaan JPJ tadi..  suruh mereka tolong semak dokumen tadi.
7. Bila dah cukup, ambil nombor giliran tunggu sehingga dipanggil.
8. Sampai giliran anda bagi ic original dengan yuran bayaran rm 100.00.
9. Lepas tu mereka akan suruh anda tunggu sebentar.
10. Tunggu sampai kaunter panggil, tandatangan geran baru, kalau dah penuh geran lama tu le.. kalau tak tandatangan tempat yang disediakan.
11. Urusan selesai.

*Kos tukar hak milik nama dalam RM130 sahaja tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Monday 6 March 2017

TAPAK IKLAN UNTUK DISEWA DI BLOG INI


Apakah fungsi pengiklanan sebenarnya?. Adakah ia sekadar mengiklankan barang yang anda hendak jual?. Disini saya berikan sedikit tips untuk anda buat sebelum iklankan produk anda. Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah penjenamaan kedai anda. Untuk penjenamaan produk anda perlu mencipta satu LOGO yang berkaitan dengan produk anda. 

Dengan adanya logo para pelayar internet akan kerap melihat LOGO anda dimana-mana blog, laman sosial atau papan iklan dan ini membuatkan pelayar internet tahu yang produk anda masih gah berdiri.

Contoh: Ahmad ke blog saya terlihat iklan produk anda, kemudian ke blog sebelahpun terlihat iklan anda. Malah kemana-mana blog pasti ada iklan yang berLOGOkan kedai anda. Pastinya Ahmad tahu bahawa barang anda bukan calang-calang produk.

Anda perlu tau walaupun anda hanya sekadar peniaga drophip anda mampu membina jenama anda sendiri. Dengan pengiklanan ramai pelayar internet yakin produk anda adalah berjenama.

Sekarang ramai para-para blogger di Malaysia ni menawarkan sewa tapak iklan untuk muatkan diruang blog mereka. Sangat mudah dan murah untuk anda berurusan.

Dengan modah serenda RM10 untuk pengiklanan selama sebulan bayangkan untuk satu blog dilawati sekitar 1000 orang yang melihat iklan anda. Walaupun mereka tidak berminat tetapi anda berjaya membuatkan mereka MELIHAT jenama anda.

Tapak iklan untuk disewa di blog kami. Berminat sila hubungi whatsapp 0133967167 untuk keterangan lanjut.

Antara lokasi untuk ruangan iklan:

1. Ruang Header ( RM20/bulan)
2. Ruang Post ( RM15/bulan)
3. Ruang Sisi Kanan (RM10/bulan)
4. Ruang Facebook (10/bulan)


Untuk ruang facebook kami telah membuat satu ruang post khas Tempah Plate E-Iklan untuk para peniaga online terutamanya jualan barang berkonsep permotoran. Contoh ruangan seperti gambar di bawah:


''US Route 50'' Laluan Kegemaran Para Biker Di Amerika

Ini adalah "U.S Route 50" ia terkenal sebagai jalan yang paling panjang, sunyi dan menyeramkan, laluan utama timur-barat perjalana...