Tuesday, 10 January 2017

Duit Tak Keluar Dari Mesin ATM


Pergi cucuk duit kat ATM tetapi duit tak keluar.. lepas tu chek balik baki dapati duit berkurangan.. Bila anda kena macamni jangan panik.. dan jangan sepak terajang mesin ATM tu buat sakit kaki je. yela sape tak marah tengah-tengah kering duit pulak tak keluar...

Apabila anda terkena seperti situasi ini perkara pertama ialah ingat MASA dan TEMPAT kejadian... Lepas tu kat ATM mesin tu ada tertulis contact CUSTOMER SERVICE.. Call je nombor tersebut...

Macam biasa operator yang jawab minta tekan 1,2,3,5... anda pilih untuk yang bercakap dengan PERUNDING PERKHIDMATAN PELANGGAN... ikut je arahan operator tu sampai dapat... macam call astro minta sambung balik siaran tu...



PPP akan jawab call anda tanya... "lu mau apa ??"... takde la gurau je.. Nanti dia akan tanya masalah yang berkaitan.. kita cerita la duit tak keluar dari mesin ATM... nanti dia akan buat pengesahan dengan 1001 soalan dituju bertubi-tubi kepada anda untuk mengesahkan anda adalah PEMILIK AKAUN tersebut... jawap je dengan tenang dan betul.. tapi jangan main hentam jawab... nanti gigit jari.


Dah komfom dan anda telah dikenal pasti baru PPP akan buat satu laporan pasal duit tak keluar tu... PPP akan bagi nombor repot kat kita... kalau dia tak bagi kena minta jugak nombor repot tu... sebab untuk rujukan kita nanti...

PPP akan bagitau duit tersebut akan refund semula dalam masa 5-7 hari dan berikan anda nombor repot tersebut... So, terpaksala puasa dulu selama 5-7 hari...

Semoga perkongsian saya dapat membantu anda yang mana alami masalah yang sama... t.kasih...





Friday, 2 December 2016

Ini Perkara Pertama Yang Bakal Bapa Perlu Lakukan Jika Isteri Hamil

Adakah anda bakal menjadi bapa tidak lama lagi ? Tahniah kepada anda.. Semoga akan menjadi anak yang soleh atau solehah kepada pencipta-Nya dan ibu bapa. Kalau info pasal ibu hamil dah terlalu banyak dan disini saya cuma nak kongsikan tips-tips kepada para bakal BAPA dalam menghadapi kelahiran anak tidak lama lagi.

Persediaan perlu dilakukan seawal 3 atau 2 bulan sebelum tarikh isteri due ( anggaran tarikh kelahiran ). Semoga dapat membatu.



HARI PERTAMA
Hari pertama isteri muntah-muntah tekak loya.. rasa tekak kembang.. anda perlu belikan isteri pregnancy test kepada isteri. Seeloknya lakukan test pada awal pagi selepas bangun tidur. Tiba-tiba naik 2 line bermakna isteri anda hamil. TAHNIAH !!!.

Bermula dari hari tersebut jangan biarkan isteri lakukan tugas berat seperti angkat bebanan atau berlari atau apa-apa yang diluar kemampuan isteri. Kerana dalam waktu ini kandungan belum cukup kuat. Berikan makanan yang berkhasiat kepada isteri.. sebab kat dalam tu perlukan makanan yang berkhasiat. ELAKKAN makan benda yang tajam seperti nenas.

Kebiasaannya BUKU MERAH @ BUKU MENGANDUNG perlu dibuat lebih kurang 2 bulan usia kandungan. Jika anda buat terlalu awal nurse akan suruh pulang dulu sehingga kandungan ikut usia yang dikehendaki.

*WAKTU NI DAH BOLEH START SAVING DUIT.. BANYAK BENDA KENA BELI NANTI.. SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN...



BULAN KEDUA
Buku Merah perlu dibuat di Klinik Kesihatan terdekat dengan kawasan kediaman anda. Sebab kawasan kediaman kita telah ada jururawat yang menyelia dan memantau para ibu mengandung. Kita hanya perlu ke Klinik Kesihatan sahaja dan maklum pada jururawat bertugas.

Bermula dari hari ini isteri akan membuat pemeriksaan susulan di Klinik Kesihatan dalam satu bulan sekali. Semakin dekat dengan tarikh due semakin kerap kena buat pemerikaan di Klinik. Jururawat akan bagi tarikh temujanji di Klinik.

 
BULAN KE ENAM @ TUJUH
Waktu ni anda dah boleh start beli sikit-sikit keperluan anak yang bakal lahir, masa ni isteripun masih lagi kuat untuk bergerak. Saya listkan apa yang WAJIB anda beli.. boleh la buat bajet perbelanjaan dari sekarang..

Pampers New Born.
Baju New Born.
Kain putih 4 segi tu ( Kain Bedung ).
Peralatan mandi bayi dan minyak-minyak.
Beg baby ( JIKA MAMPU ) jika ada beg-beg lamapun boleh digunakan.
Barut.
Sarung tangan / sarung kaki.
List diatas adalah barang wajib ada.. yang lain-lain tu terpulang kepada kemampuan anda nak beli macamana.. Kalau dah scan doktor sahkan jantina maka anda boleh siapkan pakaian untuk baby ikut jantina yang diberi. Tapi saya nak ingatkan scan jantina baby hanya 60%-70% je tepat. Kadang-kadang bila keluar jadi lain jantina. Kuasa Tuhan... siapa mampu nak halang... Kita hanya mampu merancang.. Allah tentukan segalanya.



BULAN KE TUJUH @ LAPAN
Selepas kelengkapan bersalin @ baby dah cukup... anda boleh packing dalam satu beg khas untuk bawa ke hospital sebab waktu ini isteri anda boleh bersalin bila-bila masa sebelum tarikh due. Saya listkan keperluan untuk beg baby.

Pampers dalam 3 keping.
Kain bedung.
Baju new born.
Barut.
Stokin / sarung tangan baby.
BUKU MERAH baby.
Surat GL ( jika anda kakitangan kerajaan ).
Jangan bawa banyak-banyak sebab berat nak bawa ke Hospital. Nurse akan minta kelengkapan tersebut ketika isteri dah chek in ke dewan bersalin dan berikan pada nurse bertugas.



BULAN KE LAPAN @ SEMBILAN
Haa.. bulan ni kira bulan kemuncak.. isteri anytime je boleh bersalin.. kadang-kadang awal sebulan kadang-kadang lewat.. Tak dapat dijangka.. So, pastikan kelengkapan semua dah siap.. Termasuk satu beg untuk kelengkapan isteri ( anda spare la pakaian untuk 2 hari ). Mungkin isteri akan tidur wad sehari atau lebih bergantung pada keadaan isteri.



HARI KELAHIRAN
Pada waktu ini bahagian bawah isteri ada darah sikit @ banyak.. atau mungkin ada macam air keluar.. ada orang rasa sakit ada orang tak rasa sakit... Cepat-cepat bawa ke hospital.. Jangan lupa bawa kelengkapan dalam beg tadi.

BEG BABY
BEG KELENGKAPAN ISTERI
MYKAD
BUKU MERAH
GL ( jika kakitangan kerajaan )

 
Di hospital isteri akan di tahan mungkin dalam 2jam atau 3jam atau 8jam atau lebih... bergantung kepada Doktor bertugas. Sebab bukaan bawah tu kadang2 cepat dan tak dapat dijangka waktunya.

Tunggu punya tunggu... tiba-tiba nurse panggil... "Suami kepada Minah Bt Mamat..." maklum isteri selamat bersalin.. Nurse akan minta anda daftar masuk wad kat kaunter pendaftaran ( Jangan Lupa Bawa IC Isteri). Selesai daftar pergi semula ke dewan bedah... Nurse akan suruh anda Azankan anak ( Bagi yang beragama Islam ). 

Jika tak ada apa-apa isteri boleh keluar pada hari tersebut atau keesokan harinya. Baby akan dipantau selama sehari atau lebih bergantung pada kesihatannya ( pengalaman saya ).



TANAM URI ANAK
Uri anak perlu diurus.. sebelum ditanam anda perlu basuh dulu uri tersebut.. cuci dengan garam dan asam jawe sampai darah yang melekat pada uri tu tanggal dan bersih... kemudian bungkus uri tersebut gunakan kain putih.. masukkan didalam satu bekas tembikar yang ada penutup... kalau tak ada guna tempurung kelapa pun boleh.

Kalau ikut adat orang melayu letakkan apa-apa macam duit syiling @ pen @ apa-apa yang melambangkan rezeki @ nasib yang baik untuk anak apabila dewasa nanti. Lepas tu tanamlah di kawasan yang redup.. kat sebelah pokok ke.

Orang melayu ni ada macam-macam adat.. terpulang pada adat masing2.. selagi adat tersebut tak salah disisi Islam.

 
SURAT BERANAK DAN MYKID
Ok... selepas semua selamat.. anda diberi tempoh selama (14) hari untuk daftar kelahiran anak kat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Saya listkan dokumen yang perlu bawa.

Mykad suami & isteri Original DAN 1 salinan.
Sijil Kahwin Original DAN 1 salinan.
Buku merah Original DAN salinan muka depan , m/s 34 & m/s 35.
Laporan kelahiran hospital Original DAN 1 salinan.
List ni setakat hari ini lah.. Apa-apapun pihak hospital akan bagi list jugak dokumen-dokumen yang perlu bawa nak buat surat beranak anak nanti.



UPAH URUT BERSALIN
Lepas isteri bersalin kenalah berurut.. kalau tak bentan nanti lagi masak.. kalau kat kampung mesti mak tahu tukang urut yang pandai.. Kalau kat kawasan bandar kena tanya lah kawan-kawan yang berpengalaman mana nak cari tukang urut.. kos kat kawasan bandar 3x urut anggaran dalam RM300 jugak la siap jamu semua.. kalau di kawasan kampung mungkin murah sikit.



LAPOR SEMULA DI KLINIK KESIHATAN
Selepas isteri dan anak dah keluar hospital... anda bawa buku merah dan buku baby ke klinik kesihatan di tempat isteri anda berpantang dan maklum kepada jururawat bertugas.

Semoga sedikit sebanyak dapat membantu para bakal AYAH membuat persiapan dari segi kelengkapan dan juga wang ringgit dalam menghadapi kelahiran anak tidak lama lagi. Simpanan perlu ada untuk segala kelengkapan, bil-bil hospital dan lain2 kes kecemasan dalam menghadapi kelahiran anak. Kalau hospital swasta kena lebih banyak. ikut kemampuan anda.

Terima kasih dan tahniah kepada bakal-bakal ayah semua.





Thursday, 28 July 2016

TEKNIK PEMASARAN FACEBOOK BERKESAN 24 JAM



Anda seorang peniaga online terutama berniaga secara online menggunakan facebook. Dah puas post kat facebook tetapi tak ada respon dari pelanggan. Bila lama-lama jadi slow dan tak ada mood nak teruskan bisnes online. 

Bukan mudah nak dapat respon dari pelanggan dalam tempoh tersebut walaupun FB pages ada 10k follower atau friend sampai riban-riban.

Tak nak cerita panjang, saya bagi ringkas je supaya anda dapat apa yang saya nak sampaikan.

Bila anda berniaga difacebook konsepnya juga tetap adalah berniaga dan anda perlu cari orang. Jangan hanya post dan tinggal. Jika anda post dan tinggal hanya 10% sahaja rakan atau follower anda yang lihat iklan niaga anda. Itupun hanya sekali scroll lepas tu dah tak nampak iklan anda.
 


Ada dua teknik BERBAYAR atau PERCUMA.

Teknik BERBAYAR  
1. Buat satu killer post produk anda dan ceritakan kelebihan produk anda.
2. Gunakan FB ADS (minima RM152) untuk BOM post anda.
3, Dalam masa 24jam dalam 10,000-20,000 (bukan follower) dapat lihat post anda dan mampu meningkatkan jumlah follower anda.

Teknik PERCUMA ( manual ).
1. Buat satu killer post produk anda dan ceritakan kelebihan produk anda.
2, SHARE post tersebut di group-group tumpuan produk.
3. Buat 1 hari 50 kali share. Buat setiap hari. ( kena konsisten, jangan malas )
4. Teknik ni kena hati-hati sikit takut kena block oleh admin group.

Jika anda buat teknik ini saya yakin dalam 24jam anda sudah ada pembeli. Yang penting jangan malas. Tiada kejayaan yang datang sendiri tanpa usaha. 

Jika anda bermknat menjadi ejen dropship nombor plate boleh hubungi saya di 0133967167.
 

 

Tuesday, 26 July 2016

Plate Merdeka



Ini adalah rekaan nombor plate yang saya buat pada hari kemerdekaan 2016. Jenis nombor plate ketuk huruf timbul dengan design Jalur Gemilang. Sambutan sangat menggalakkan.

Direka khas sempena bulan KEMERDEKAAN since 2016. 

Harga Plate Besi Merdeka: RM40
Harga Plate Kristal Merdeka : RM40

Tempahan Whatsapp 0133967167.

TERHAD KELUARAN 50 pcs 



Wednesday, 20 July 2016

Tips Memulakan Perniagaan Berkesan

Perniagaan atau makan gaji, mana lebih baik ? Sudah tentulah berniaga. Zaman sekarang ramai orang berniaga secara online untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Sejak kemunculan media sosial ramai berjinak-jinak dalam perniagaan. Tak kisah samada jual produk sendiri atau menjual secara dropship.

Kalau pistol tak ada peluru macammana nak meletup, begitu juga perniagaan kalau tak ada media macamana nak meletop. Zaman dah berubah, dahulu kita kekedai membeli barang kalau tiada kita kena order dari kedai dan tunggu berminggu untuk stok sampai.

Tapi zaman sekarang orang nak cari barang mereka hanya perlu GOOGLE sahaja atau search di mana-mana media sosial. 99% pasti akan jumpa barang yang dicari dan membuat tempahan secara online daripada penjual.



KENAPA KITA BERNIAGA ?

Ada beberapa faktor samada mewarisi perniagaan orang tua, memang berminat dalam perniagaan dan yang paling banyak adalah untuk menampung KOS SARA HIDUP YANG MENINGKAT. Anda dipihak yang mana?

Sebab itu kita dapat lihat ramai peniaga online datang dari kalangan penduduk bandar kerana KOS SARA HIDUP yang tinggi di bandar disamping kemudahan mendapat bekalan niaga. Kesan dia ada yang berjaya jadi JUTAWAN dan ADA PERNIAGAAN SENDIRI.

RISIKO BERNIAGA ?

Setiap perniagaan memang sentiasa akan ada risiko tidak kira apa jua perniagaan. Kita perlu siap sedia untuk menghadapinya. Kalau modal ribu-ribu pasti risikonya ribu-ribu, kalau ratus-ratus pasti risikonya ratus-ratus.



ILMU BERNIAGA

Jadi bagi yang tiada ilmu berniaga anda belajar lah dahulu tentang selok belok perniagaan yang anda ingin pasarkan. Bila jual satu produk, anda buat sampai habis JANGAN BUAT SEPARUH JALAN.
Kenapa? sebab dalam tempoh tersebut pembeli masih lagi baru mengenal anda, esok nak membeli lagi anda dah tak jual ( DAH RUGI SORANG PEMBELI). Anda jual benda lain dan cari pembeli baru sedangkan pembeli lama anda mahukan barang lama anda (RUGI MASA UNTUK KUKUHKAN BALIK PERNIAGAAN BARU). Jadi bagus anda fokus pada satu perniagaan dahulu, dah dapat regular custemer dan dah stabil baru anda tambah lagi produk lain pasaran baru untuk dijual.

Gunakan ilmu yang anda pelajari dari perniagaan pertama untuk tambah perniagaan.

KEWANGAN JUAL BELI

Duit niaga anda adalah salah satu PERKARA PENTING dalam perniagaan. Amalkan benda ni:

1. MESTI REKOD KELUAR MASUK WANG ( DEBIT & KREDIT )
2. WANG ANDA WANG NIAGA, WANG NIAGA WANG NIAGA.

Setakat ini saya amalkan 2 benda ni Alhamdulillah saya nampak hasilnya. Baru duit niaga anda melekat dalam akaun. Kesan dia anda boleh membuat pusingan modal untuk tambahan stok baru.

Kalau RM10.00 wang niaga anda tak mampu urus, jangan temberang la anda boleh urus wang niaga ribuan ringgit. Sebab kenapa ? sebab saya dulu macam itu tak tahu ilmu. Dapat duit saya hanya fikir untuk perbelanjaan harian. Dapat duit untung je saya belanjakan, akhirnya cukup bulan saya tak tahu kemana duit niaga saya pergi.



Saya pergi kedai buku beli buku LEJAR dan start hari tu setiap sen perniagaan saya rekod. Jadi saya nampak duit saya masuk dan saya BERINGAT-INGAT untuk keluarkan.. Saya buat kira-kira untuk keluarkan wang niaga. Saya pastikan jumlah yang PERLU dikeluarkan. Hasilnya saya ada simpanan lagi dalam AKAUN NIAGA SAYA.

Teknik ini amat berkesan untuk DUIT NIAGA ANDA MELEKAT DALAM BANK. Bila dah start 4 angka kekal dalam bank maknanya aliran perniagaan anda semakin baik daripada sebelum ni hanya tinggal 2 angka je.



BOM!!! PERNIAGAAN ANDA

Bila dan capai 4 angka simpanan niaga anda baru anda fikir macammana nak BOM!!! perniagaan anda. Cari sesuati idea yang dapat BOM!!! perniagaan kerana anda sudah ada modal 4 angka dalam simpanan niaga. Dapat saje idea anda BOM!!! terus perniagaan anda. Bila anda dapat ilmu BOM!!! ni pasti.. 4 angka akan bertambah menjadi 5 angka dalam bank.

STABILKAN PERNIAGAAN ANDA

Mungkin fasa ni anda dah stabil dengan income 5 angka sebulan. Waktu ini anda perlu berhati-hati jangan memandang keatas je, perlu ingat tempat anda jatuh. Sebab langit tak selalunya cerah. Bila anda dah stabil perlu ingat satu je.. Jangan abaikan TUHAN, IBU BAPA , KELUARGA, ANAK YATIM, FAKIR MISKIN. Ringankan tangan untuk bersedekah. Kerana bila rezeki berkat, bermacam lagi rezeki akan datang pada kita.

Dua orang sahabat memancing dalam kolam yang sama terdapat banyak ikan, pancing yang sama jenis, menggunakan umpan yang sama jenis, teknik yang sama. Tapi pancing si B asyik naik ikan tapi pancing si A seekor ikan pun tak makan.

Kenapa pancing si A tak dapat ikan, pancing si B je dapat ikan padahal mereka menggunakan teknik yang sama. Bab ni anda kena istiqomah pada diri sendiri. Kenapa ikan ( rezeki ) datang pada si B dan tidak si A. Anda fikirkan sendiri.



SEDIKIT TIPS MEMULAKAN PERNIAGAAN ONLINE

1. Lakukan sesuatu kerja ( perniagaan ) dari mula sampai habis.
2. Rekod keluar masuk aliran wang niaga ( Beli buku lejar ).
3. Cari pelanggan yang tepat ( cth : jual nombor plate kepada pemilik kenderaan, jangan jual kepada penunggang basikal)
4. Target marketing di group-group berkaitan produk ( Lelaki @ Wanita @ Hobi @ Kerja )
5. Melimitkan kegunaan wang niaga ( perlu displin )
6. Sedekah dan jaga hubungan dengan tuhan , ibu bapa, isteri/suami, anak yatim, fakir miskin.
7. Gunakan pengiklanan seperti FB ads jika perlu.
8. Simpan rekod pelanggan ( save dalam telefon ) dan kena mesra dengan pelanggan yang bermacam karenah.
9. Buat index % keuntungan mingguan atau bulanan ( anda akan nampak naik turun perniagaan anda ).

Terima kasih kerana sudi membaca sedikit tips dari saya, Insyaallah jika anda praktikalkan apa yang saya tulis diatas dalam masa 24 jam anda akan terima respon baik dari pembeli dan berterusan. Jika berminat untuk menjadi ejen dropship nombor plate boleh hubungi saya di whatsapp 013-3967167.



BAGAIMANA NAK DAPAT RM2250 SEBULAN JUAL NOMBOR PLATE ?

1 KEPING KEUNTUNGAN RM15
1 HARI JUALAN 5 KEPING X RM15 = RM75
1 HARI RM75 X 30 HARI SEBULAN = RM2250 SEBULAN KEUNTUNGAN JUAL PLATE

Target pembeli adalah pemilik kenderaan. Tahukah anda jumlah kenderaan berdaftar di Malaysia adalah 14,816,407 JUTA dan dijangka akan meningkat.

Hasil Kerja















































































Fenomena Berbasikal

Basikal dan manusia memang tidak dapat dipisahkan kerana pengangkutan ini sudah berabad digunakan sebelum motor berenjin diperkenalkan. Kemu...