Tuesday, 19 July 2016

Tentang kami




facebook:

1. Tempah Plate
2. Sifu Plate
3. Tempah Plate JB
4. Tempah Plate Sarawak
5. Wan Plate

instagram
1. Kedai.nombor.plate
2. Rssigncraft

youtube
1. Sifu Plate

 


 

Kisah Naik Mahkamah Sebab Tak Bayar Saman


Mesti ramai yang pernah kena samankan cuma ada antara kita yang dah bayar atau masih belum bayar.

Saje nak cerita pasal kena saman dulu, masa tu kat Melaka.. baru balik kerja tiba-tiba ada roadblok pulak.. nak wrong way bahaya pulak.. nak tak nak terpaksa redah jugak... dah tau lesen mati redah jugak roadblok JPJ tu. Masa nak sampai roadblok tu nekad je la minta-minta tak kena tahan. Nasib tak baik rupanya.. Abg J tu minta berhenti tepi.. macam biasalah soalan pertama dia tanya "minta lesen dan road tax".



Akupun bagi la lesen yang mati tu dengan harapan Abg J tak perasan lesen aku dah mati. Sekali kantoi jugak.. kita ape lagi buat-buat la lupa nak renew lesen. terpaksa sain surat cinta sekeping. Terpaksa redha je la kene saman hari tu.

Dalam saman tu ada tulis kesalahan dan bagi tempoh tarikh untuk membuat pembayaran sebelum tarikh Mahkamah ( kalau tak bayar saman). Masa tu buat sambil lewa je anggap tak ada ape-ape.. tak pernah kena saman...

Aku lupa terus pasal saman sebab sibuk kerja dan hal-hal keduniaan ni.




Kalau tak silap aku 3 bulan lepas tu mak aku call dari kampung cakap ada surat Mahkamah sampai rumah kampung. Terkejut jugak.. tanya mak aku surat mahkamah pasal apa.. mak bagitahu pasal kena saman lesen mati.

Baru la otak aku refresh balik pasal kena saman tak de lesen.. tu la degil tak nak bayar saman..

Bila cuti minggu henjut balik kampung terus nak amik surat mahkamah tu, Hati orang tua mulala risau bila ada hal-hal macamni nak pulak melibatkan mahkamah. Aku terangkan elok-elok kat orang tua aku akan settlekan benda ni.

Dalam surat tu kena hadir perbicaraan ke Mahkamah Alor Gajah.



Akhirnya... hari perbicaraan mahkamah aku tiba.. memang tak de pengalaman langsung naik mahkamah.. sampai je sana tanya orang kat situ dan minta aku jumpa Abg J kat situ. Abg J tengok surat aku.. dia minta follow dia masuk court nanti.. ada la beberapa orang yang follow sekali.. semua kes tak bayar saman... hahaha..

Ok.. masuk dalam mahkamah tu kena duduk dia.. tak boleh bising.. kes demi kes akhirnya...sampailah giliran nama aku kena panggil masuk kandang...huhu.. masa tu menggigil je tengok muka Hakim...

Pembantu hakim yang duduk bawah tu bacakan kesalahan-kesalahan aku.. aku mengaku salah.. lepas tu hakim cakap kenapa aku buat macamtu.. so aku bagilah keterangan masalah-masalah aku... 

Hakim tanya lagi kat aku ada apa-apa lagi nak cakap ?... aku ape lagi minta la saman aku dikurangkan sebab faktor-faktor kewangan.. dari RM300 aku dapat less RM200 dari Hakim... dan minta aku bayar terus saman terebut.



Selesai je naik court aku terus jumpa Abg J tadi nak bayar saman... sebab takut kena naik court lagi aku bayar je la saman pada hari tu.. serik kena saman..

Selesai kes tak bayar saman aku... Nasihat aku kepada pembaca sekalian yang ada saman tertunggak pergi la bayar sebelum tarikh bicara.. banyak urusan kena buat nanti.

Cara Membeli Nombor Pendaftaran Kenderaan


Selalu tengok nombor plat kenderaan cantik-cantik.. Jom kita belajar macamne nak dapatkan nombor plat pilihan hati..

Dokumen yang diperlukan:

NOTA : Semua dokumen hendaklah diisi ke dalam sampul surat , ditulis di luar sampul surat : " TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN " dan dimasukkan ke dalam peti tempahan yang disediakan.



Permohonan Menyertai Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran:
 
M.V. 10
Bayaran perkhidmatan RM 10.00.
Bayaran deposit 50% daripada harga tempahan dan dikemukakan dengan bank draf/ kiriman wang/ wang pos atas nama "Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia".
Salinan Kad Pengenalan Pemohon (individu / syarikat) yang disahkan.
Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan).
Sampul surat bersetem dan beralamat sendiri.


Permohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran Secara Pilihan:
 
M.V.10A
Slip Bayaran yuran perkhidmatan RM10.
Salinan Kad Pengenalan Pemohon / identiti pengenalan diri (pasport).
Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan).



Permohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran (Kelulusan Khas):
M.V.10B
Surat Permohonan.
Salinan Kad Pengenalan Pemohon / identiti pengenalan diri (pasport)
Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan).

Keputusan:

PERINGATAN : Pemohon yang berjaya dilarang sama sekali memberi/menjual nombor pendaftaran mereka kepada orang lain kecuali dengan pertimbangan khas dari Pengarah Negeri seperti kes pertukaran daripada ibu/bapa kepada anak, suami/isteri/anak dan individu kepada syarikat di mana ia menjadi Lembaga Pengarah.
 
Surat keputusan akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya dan tidak berjaya.
Bagi pemohon yang tidak berjaya,deraf bank/kiriman wang/wang pos akan dikembalikan.
Senarai nama dan nombor identiti pengenalan diri pemohon yang berjaya akan dipamerkan di JPJ Negeri/Cawangan yang menawarkan nombor pendaftaran tersebut.

Pemohon yang berjaya hendaklah menjelaskan bayaran penuh dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat keputusan.
 
Pemohon yang telah menjelaskan bayaran hendaklah mendaftarkan nombor tersebut dalam tempoh TIGA (3) bulan dari tarikh bayaran dijelaskan.
Pemohon yang berjaya yang tidak menjelaskan bayaran penuh dalam tempoh yang ditetapkan atau tidak mendaftarkan nombor pendaftaran yang ditawarkan dalam tempoh yang ditetapkan, maka nombor pendaftaran tersebut akan ditarik balik dan ditawarkan kepada pemohon lain yang berminat.
Penangguhan pendaftaran adalah tidak dibenarkan.
Keputusan Jawatankuasa Pengurusan Nombor Pendaftaran adalah muktamad.



Harga Tempahan:

Harga tempahan minima bagi setiap nombor pendaftaran tertakluk kepada kategori nombor seperti berikut:
 
Nombor Bernilai Utama RM10,000.
Nombor Menarik RM 2,000.
Nombor Popular RM 300.
Nombor Semasa RM 300.

Maklumat Tambahan:
 
Tempahan nombor pendaftaran boleh dibuat dimana-mana JPJ Negeri. Masukkan sampul surat permohonan ke dalam peti tempahan mengikut nama Negeri yang dipamerkan pada peti tempahan.
Iklan tawaran tempahan nombor pendaftaran lain-lain Negeri akan dipamerkan di semua pejabat JPJ Negeri/ Cawangan.
Tempoh tempahan akan ditutup pada jam 12.00 tengahari pada hari terakhir tawaran dibuka.
Bayaran yuran perkhidmatan RM10 boleh dibayar dimana-mana pejabat JPJ Negeri/ Cawangan.

Saturday, 16 July 2016

Nombor Plastik Kereta



NOMBOR KRISTAL


NOMBOR PRINT GLASS @ TANAM

NOMBOR MEJA


NOMBOR MEJA UNTUK KEDAI MAKAN @ RESTORAN. BOLEH JUGA DIPASANG SEBAGAI NOMBOR BILIK. 1/PCS RM3.00.

SIAP PELEKAT DIBAWAH.. 

KOTAK 
BULAT

Fenomena Berbasikal

Basikal dan manusia memang tidak dapat dipisahkan kerana pengangkutan ini sudah berabad digunakan sebelum motor berenjin diperkenalkan. Kemu...