Wednesday 26 January 2022

''US Route 50'' Laluan Kegemaran Para Biker Di Amerika



Ini adalah "U.S Route 50" ia terkenal sebagai jalan yang paling panjang, sunyi dan menyeramkan, laluan utama timur-barat perjalanan sejauh 3,073 batu (4,946 km) bermula dari Interstate 80 (I-80) di Sacramento Barat, California, dan berakhir di Maryland Route 528 di Ocean City, Maryland, di Lautan Atlantik, mengambil masa kira² 8-15 hari untuk sampai ke hujung destinasi.

Laluan ini melalui padang pasir dan pergunungan yang kebanyakannya berada di bahagian barat us, melalui kawasan Nevada yang dikenali sebagai "The Loneliest Road in America". Di Midwest, AS sebahagian besar mempunyai kawasan ladang pertanian di luar bandar dan juga beberapa bandar besar termasuk Kansas City, Missouri; St. Louis, Missouri dan Cincinnati, Ohio.
 
Laluan ini terus ke timur us, di mana ia melalui Pergunungan Appalachian di Virginia Barat, merentasi 12 buah negeri : California, Nevada, Utah, Colorado, Kansas, Missouri, Illinois, Indiana, Ohio, Virginia Barat, Virginia, dan Maryland, serta District of Columbia.

Sumber: Facebook

Video: https://www.youtube.com/watch?v=gO3g8P7gnqs










 

Inilah Ciri-Ciri Keselamatan Nombor Plate Yang Bakal Digunakan Indonesia


Cip berkenaan mengandungi data kenderaan peribadi. Selain memudahkan pembayaran tol, ia juga membolehkan proses pembayaran tempat letak kereta secara elektronik.

Bahkan, data peribadi berkenaan boleh diintegrasikan dalam mengesan bukti kesalahan trafik di jalan raya.

"Memang cip itu akan wujud, apalagi sekarang revolusi 4.0 telah berlaku. Cip ini banyak kegunaannya," kata Brigedier Jeneral Yusri Polis dipetik Antaranews.com.

Pada masa sama, Indonesia juga bakal mengubah latar belakang nombor plat daripada berwarna hitam menjadi putih bermula bulan Mac ini.

Ia adalah bagi menyokong penggunaan Pengecaman Plat Nombor Automatik (ANPR) dalam sistem tiket Penguatkuasaan Undang-undang Trafik Elektronik (ETLE).

Jelasnya, ANPR lebih sesuai dikuatkuasakan tanpa sebarang masalah dengan penggunaan latar belakang nombor plat berwarna putih dan huruf serta nombor standard.

Sunday 26 September 2021

Sticker Roadbike MTB Untuk Repaint Cat Frame


 

    Assalamualaikum kepada peminat sukan berbasikal, disini saya ada menjual stiker untuk frame roadbike atau MTB. Untuk folding bike kena berhubung dengan saya untuk size. Khususnya kepada mereka yang nak repaint basikal warna baru dan perlukan stiker untuk dipasang.

Cara membuat tempahan boleh didapati di SHOPEE saya,

https://shopee.com.my/Sticker-Road-Bike-MTB-Cannondale-Specialized-Giant-Scott-Java-Twitter-i.79555539.4758061902

Semua pilihan warna dan jenama ada disenaraikan pada produk. Sebarang tertanyaan boleh chat di shopee. 

Selamat berkayuh, Terima kasih.




Monday 30 August 2021

PLATE KRISTAL MOTOR UPDATE 2021

 

\
Desgin nombor plate kristal sedia ada, selain dari ni xde.. pilih ikut kod bawah dan masuk order melalui shopee/kristalmotor tekan huruf merah akan terus ke shopee item.. Tempoh biasanya 2 hari baru kita pos, jika ada apa2 masalah boleh PM seller... TQVM

Thursday 19 August 2021

NOMBOR PLATE LORI



Gambar yang diatas ini adalah produk plate untuk nombor plate besi lori, bagi pemilik lori yang sedang mencari nombor plate besi ini adalah plate yang sesuai kerana jika menggunakan plate plastik akan cepat patah. Size ikut pada buyer nk papan petak atau panjang. Untuk tempahan boleh order terus di shopee.. sebab di shopee kami..FREE POSTAGE.. boleh tekan link merah ni untuk terus ke shopee SHOPEE SIFUPLATE . Terima kasih...

https://shopee.com.my/Nombor-Plate-Besi-Lori-Trak-Jentera-Berat-Bas-i.79555539.7248658975

Tuesday 5 March 2019

Bercuti Di Chalet Su Kuala Terengganu

Kebetulan hujung bulan lepas amik cuti 10 hari isteripun tunjukkan Chalet Su yang tengah viral dengan keindahan permandangan laut. Mula-mula macam nak tak nak jugak. Saya bukan jenis suka plan awal, tetapi lebih suka plan last minit sebab yang last minit tu la yang menjadi.

Jadi pendekkan cerita pagi Isnin tu terus gerak ke Kuala Terengganu. Dalam pukul 3 selamat tiba di Kuala Terengganu terus buka waze cari Chalet Su & Spa. Nasib baik ada dalam Waze.



Waze terus bawa ke Chalet Su. Sampai je terus pegi reception tanya bilik. Nasib kurang baik kerana bilik yang harga RM99 (Seaview) telah dibooking orang. Jadi terpaksalah ambil bilik yang harga RM165 (Seaview) untuk dapatkan bilik betul-betul menghadap ke laut.

Terus chek in 3D2N.

Mula-mula rasa macam rugi la melepas bilik yang RM99.. hahaha.. Tapi tak nak spoilkan mood holiday ku gagahkan jua untuk family rasa happy.. huhu.



Wow ! Tak sangka berbaloi dengan nilai yang saya bayar. Bilik yang selesa dan persekitaran yang bersih. Bilik juga betul-betul menghadap ke laut.

Permandangan berlatar belakangkan Pulau Kapas dan angin laut yang nyaman. Ye la, kita ni orang belah bukit.. Sekali dapat suasana macam tu rasa satu pengalaman yang menarik jugak.

Lepas chek in rehat dalam bilik sekejap sebab penat drive. Tepat je pukul 5 terus buka baju berkubang terus kat pantai. Memang jauh beza dengan tahap kebersihan pantai di Port Dickson.

Chalet betul-betul depan pantai
Lokasi bilik yang saya inap betul-betul hadapan pantai, kalau malam tu syok la lepak luar sambil layan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa. Kalau kat sebelah pantai timur ni matahari akan terbit dari sini. Jadi kena bangun pagi-pagi la kalau nak tengok Sunrise...

Bab makan tak perlu risau kat sini banyak kedai makan yang boleh korang pegi, Macam saya pergi makan terus di Kuala Terengganu lebih kurang 15 minit dari penginapan sebab banyak lagi tempat menarik nak berjalan di Kuala Terengganu. Habis berjalan balik semula ke Chalet.

Matahari Terbit Waktu Pagi

Apa-apapun Chalet Su adalah lokasi penginapan wajib korang kena pergi kalau nak bawak anak-anak bercuti di Kuala Terengganu.. Dari segi permandangan, keselesaan dan kebersihan memang A.. Cuma dari segi keselamatan mandi dipantai kena hati-hati sikit sebab tak ada pemantau keselamatan. Hargapun mengikut kemampuan anda bermula dari RM50 ke RM165. Tu nasib la kalau bilik yang harga murah masih ada..

Itu saje pengalaman saya menginap di Chalet Su Kuala Terengganu. Sekian.

Saturday 23 February 2019

Borong Nombor Plate Standart Kereta

Contoh huruf putih yang sedia ada. Borong dalam bentuk pack.
1 pack (20pcs/huruf)
Contoh 1 pack (20 pcs)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di whatsapp / call : 0133967167

''US Route 50'' Laluan Kegemaran Para Biker Di Amerika

Ini adalah "U.S Route 50" ia terkenal sebagai jalan yang paling panjang, sunyi dan menyeramkan, laluan utama timur-barat perjalana...