Tuesday 5 March 2019

Bercuti Di Chalet Su Kuala Terengganu

Kebetulan hujung bulan lepas amik cuti 10 hari isteripun tunjukkan Chalet Su yang tengah viral dengan keindahan permandangan laut. Mula-mula macam nak tak nak jugak. Saya bukan jenis suka plan awal, tetapi lebih suka plan last minit sebab yang last minit tu la yang menjadi.

Jadi pendekkan cerita pagi Isnin tu terus gerak ke Kuala Terengganu. Dalam pukul 3 selamat tiba di Kuala Terengganu terus buka waze cari Chalet Su & Spa. Nasib baik ada dalam Waze.



Waze terus bawa ke Chalet Su. Sampai je terus pegi reception tanya bilik. Nasib kurang baik kerana bilik yang harga RM99 (Seaview) telah dibooking orang. Jadi terpaksalah ambil bilik yang harga RM165 (Seaview) untuk dapatkan bilik betul-betul menghadap ke laut.

Terus chek in 3D2N.

Mula-mula rasa macam rugi la melepas bilik yang RM99.. hahaha.. Tapi tak nak spoilkan mood holiday ku gagahkan jua untuk family rasa happy.. huhu.



Wow ! Tak sangka berbaloi dengan nilai yang saya bayar. Bilik yang selesa dan persekitaran yang bersih. Bilik juga betul-betul menghadap ke laut.

Permandangan berlatar belakangkan Pulau Kapas dan angin laut yang nyaman. Ye la, kita ni orang belah bukit.. Sekali dapat suasana macam tu rasa satu pengalaman yang menarik jugak.

Lepas chek in rehat dalam bilik sekejap sebab penat drive. Tepat je pukul 5 terus buka baju berkubang terus kat pantai. Memang jauh beza dengan tahap kebersihan pantai di Port Dickson.

Chalet betul-betul depan pantai
Lokasi bilik yang saya inap betul-betul hadapan pantai, kalau malam tu syok la lepak luar sambil layan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa. Kalau kat sebelah pantai timur ni matahari akan terbit dari sini. Jadi kena bangun pagi-pagi la kalau nak tengok Sunrise...

Bab makan tak perlu risau kat sini banyak kedai makan yang boleh korang pegi, Macam saya pergi makan terus di Kuala Terengganu lebih kurang 15 minit dari penginapan sebab banyak lagi tempat menarik nak berjalan di Kuala Terengganu. Habis berjalan balik semula ke Chalet.

Matahari Terbit Waktu Pagi

Apa-apapun Chalet Su adalah lokasi penginapan wajib korang kena pergi kalau nak bawak anak-anak bercuti di Kuala Terengganu.. Dari segi permandangan, keselesaan dan kebersihan memang A.. Cuma dari segi keselamatan mandi dipantai kena hati-hati sikit sebab tak ada pemantau keselamatan. Hargapun mengikut kemampuan anda bermula dari RM50 ke RM165. Tu nasib la kalau bilik yang harga murah masih ada..

Itu saje pengalaman saya menginap di Chalet Su Kuala Terengganu. Sekian.

''US Route 50'' Laluan Kegemaran Para Biker Di Amerika

Ini adalah "U.S Route 50" ia terkenal sebagai jalan yang paling panjang, sunyi dan menyeramkan, laluan utama timur-barat perjalana...