Tuesday 12 September 2017

Apa yang anda perlu lakukan jika terjumpa MYKAD orang lain ?


Anda sedang jalan-jalan tiba-tiba terjumpa MYKAD ditengah jalan.. Oleh kerana gagal mencari pemilik tersebut anda viralkan di laman sosial MYKAD tersebut untuk mengesan pemilik.. Opsss... anda telah melalukan kesilapan... memang betul niat anda baik untuk membantu pulangkan semula MYKAD tersebut tetapi cara anda mengundang bahaya kepada pemilik MYKAD tersebut. Bayangkan maklumat tersebut disalahguna oleh pengguna media sosial untuk tujuan yang tidak baik.

Ok, nak cari pemilik tu memang susah la.. lihat alamat tu dia 100km dari tempat anda jumpa.. memang tak la nak ke alamat tu... disini saya nak bagi tips SEKIRANYA TERJUMPA MYKAD, APA TANGGUNGJAWAB ANDA ?

Apa yang saya hendak kongsikan ini termaktub dalam undang-undang dan diakui sah:

1. Serah terus kepada pemilik
2. Serah kepada JPN
3. Serah kepada Balai Polis
4. Serah kepada Pejabat Pos
5. Serah kepada Penghulu
6. Masukkan ke dalam peti pos

Anda boleh memilih cara mana untuk serahkan MYKAD tersebut tanpa menggunakan laman sosial yang mungkin mengundang bahaya kepada pemilik MYKAD tersebut.

Kalau anda tanya saya, saya akan buat yang nombor 6 sebab itu yang paling mudah.

Semoga dapat membantu anda dalam melaksanakan tanggungjawab anda. Jangan dibiarkan begitu je MYKAD tersebut.. nasib kita tidak tahu lagi.

Sekian...




''US Route 50'' Laluan Kegemaran Para Biker Di Amerika

Ini adalah "U.S Route 50" ia terkenal sebagai jalan yang paling panjang, sunyi dan menyeramkan, laluan utama timur-barat perjalana...