Thursday 28 July 2016

TEKNIK PEMASARAN FACEBOOK BERKESAN 24 JAM


Anda seorang peniaga online terutama berniaga secara online menggunakan facebook. Dah puas post kat facebook tetapi tak ada respon dari pelanggan. Bila lama-lama jadi slow dan tak ada mood nak teruskan bisnes online. 

Bukan mudah nak dapat respon dari pelanggan dalam tempoh tersebut walaupun FB pages ada 10k follower atau friend sampai riban-riban.

Tak nak cerita panjang, saya bagi ringkas je supaya anda dapat apa yang saya nak sampaikan.

Bila anda berniaga difacebook konsepnya juga tetap adalah berniaga dan anda perlu cari orang. Jangan hanya post dan tinggal. Jika anda post dan tinggal hanya 10% sahaja rakan atau follower anda yang lihat iklan niaga anda. Itupun hanya sekali scroll lepas tu dah tak nampak iklan anda.

Ada dua teknik BERBAYAR atau PERCUMA.

Teknik BERBAYAR  
1. Buat satu killer post produk anda dan ceritakan kelebihan produk anda.
2. Gunakan FB ADS (minima RM152) untuk BOM post anda.
3, Dalam masa 24jam dalam 10,000-20,000 (bukan follower) dapat lihat post anda dan mampu meningkatkan jumlah follower anda.

Teknik PERCUMA ( manual ).
1. Buat satu killer post produk anda dan ceritakan kelebihan produk anda.
2, SHARE post tersebut di group-group tumpuan produk.
3. Buat 1 hari 50 kali share. Buat setiap hari. ( kena konsisten, jangan malas )
4. Teknik ni kena hati-hati sikit takut kena block oleh admin group.

Jika anda buat teknik ini saya yakin dalam 24jam anda sudah ada pembeli. Yang penting jangan malas. Tiada kejayaan yang datang sendiri tanpa usaha. 

Jika anda bermknat menjadi ejen dropship nombor plate boleh hubungi saya di 0133967167.

Tuesday 26 July 2016

Plate Merdeka

Direka khas sempena bulan KEMERDEKAAN 2016. Terdapat dua jenis Plate besi dan Kristal

Harga Plate Besi Merdeka: RM40
Harga Plate Kristal Merdeka : RM40

Tempahan Whatsapp 0133967167.

TERHAD KELUARAN 50 pcs 



Wednesday 20 July 2016

Tips Memulakan Perniagaan Berkesan



Perniagaan atau makan gaji, mana lebih baik ? Sudah tentulah berniaga. Zaman sekarang ramai orang berniaga secara online untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Sejak kemunculan media sosial ramai berjinak-jinak dalam perniagaan. Tak kisah samada jual produk sendiri atau menjual secara dropship.

Kalau pistol tak ada peluru macammana nak meletup, begitu juga perniagaan kalau tak ada media macamana nak meletop. Zaman dah berubah, dahulu kita kekedai membeli barang kalau tiada kita kena order dari kedai dan tunggu berminggu untuk stok sampai.

Tapi zaman sekarang orang nak cari barang mereka hanya perlu GOOGLE sahaja atau search di mana-mana media sosial. 99% pasti akan jumpa barang yang dicari dan membuat tempahan secara online daripada penjual.

KENAPA KITA BERNIAGA ?

Ada beberapa faktor samada mewarisi perniagaan orang tua, memang berminat dalam perniagaan dan yang paling banyak adalah untuk menampung KOS SARA HIDUP YANG MENINGKAT. Anda dipihak yang mana?

Sebab itu kita dapat lihat ramai peniaga online datang dari kalangan penduduk bandar kerana KOS SARA HIDUP yang tinggi di bandar disamping kemudahan mendapat bekalan niaga. Kesan dia ada yang berjaya jadi JUTAWAN dan ADA PERNIAGAAN SENDIRI.

RISIKO BERNIAGA ?

Setiap perniagaan memang sentiasa akan ada risiko tidak kira apa jua perniagaan. Kita perlu siap sedia untuk menghadapinya. Kalau modal ribu-ribu pasti risikonya ribu-ribu, kalau ratus-ratus pasti risikonya ratus-ratus.

ILMU BERNIAGA

Jadi bagi yang tiada ilmu berniaga anda belajar lah dahulu tentang selok belok perniagaan yang anda ingin pasarkan. Bila jual satu produk, anda buat sampai habis JANGAN BUAT SEPARUH JALAN.
Kenapa? sebab dalam tempoh tersebut pembeli masih lagi baru mengenal anda, esok nak membeli lagi anda dah tak jual ( DAH RUGI SORANG PEMBELI). Anda jual benda lain dan cari pembeli baru sedangkan pembeli lama anda mahukan barang lama anda (RUGI MASA UNTUK KUKUHKAN BALIK PERNIAGAAN BARU). Jadi bagus anda fokus pada satu perniagaan dahulu, dah dapat regular custemer dan dah stabil baru anda tambah lagi produk lain pasaran baru untuk dijual.

Gunakan ilmu yang anda pelajari dari perniagaan pertama untuk tambah perniagaan.

KEWANGAN JUAL BELI

Duit niaga anda adalah salah satu PERKARA PENTING dalam perniagaan. Amalkan benda ni:

1. MESTI REKOD KELUAR MASUK WANG ( DEBIT & KREDIT )
2. WANG ANDA WANG NIAGA, WANG NIAGA WANG NIAGA.

Setakat ini saya amalkan 2 benda ni Alhamdulillah saya nampak hasilnya. Baru duit niaga anda melekat dalam akaun. Kesan dia anda boleh membuat pusingan modal untuk tambahan stok baru.

Kalau RM10.00 wang niaga anda tak mampu urus, jangan temberang la anda boleh urus wang niaga ribuan ringgit. Sebab kenapa ? sebab saya dulu macam itu tak tahu ilmu. Dapat duit saya hanya fikir untuk perbelanjaan harian. Dapat duit untung je saya belanjakan, akhirnya cukup bulan saya tak tahu kemana duit niaga saya pergi.

Saya pergi kedai buku beli buku LEJAR dan start hari tu setiap sen perniagaan saya rekod. Jadi saya nampak duit saya masuk dan saya BERINGAT-INGAT untuk keluarkan.. Saya buat kira-kira untuk keluarkan wang niaga. Saya pastikan jumlah yang PERLU dikeluarkan. Hasilnya saya ada simpanan lagi dalam AKAUN NIAGA SAYA.

Teknik ini amat berkesan untuk DUIT NIAGA ANDA MELEKAT DALAM BANK. Bila dah start 4 angka kekal dalam bank maknanya aliran perniagaan anda semakin baik daripada sebelum ni hanya tinggal 2 angka je.

BOM!!! PERNIAGAAN ANDA

Bila dan capai 4 angka simpanan niaga anda baru anda fikir macammana nak BOM!!! perniagaan anda. Cari sesuati idea yang dapat BOM!!! perniagaan kerana anda sudah ada modal 4 angka dalam simpanan niaga. Dapat saje idea anda BOM!!! terus perniagaan anda. Bila anda dapat ilmu BOM!!! ni pasti.. 4 angka akan bertambah menjadi 5 angka dalam bank.

STABILKAN PERNIAGAAN ANDA

Mungkin fasa ni anda dah stabil dengan income 5 angka sebulan. Waktu ini anda perlu berhati-hati jangan memandang keatas je, perlu ingat tempat anda jatuh. Sebab langit tak selalunya cerah. Bila anda dah stabil perlu ingat satu je.. Jangan abaikan TUHAN, IBU BAPA , KELUARGA, ANAK YATIM, FAKIR MISKIN. Ringankan tangan untuk bersedekah. Kerana bila rezeki berkat, bermacam lagi rezeki akan datang pada kita.

Dua orang sahabat memancing dalam kolam yang sama terdapat banyak ikan, pancing yang sama jenis, menggunakan umpan yang sama jenis, teknik yang sama. Tapi pancing si B asyik naik ikan tapi pancing si A seekor ikan pun tak makan.

Kenapa pancing si A tak dapat ikan, pancing si B je dapat ikan padahal mereka menggunakan teknik yang sama. Bab ni anda kena istiqomah pada diri sendiri. Kenapa ikan ( rezeki ) datang pada si B dan tidak si A. Anda fikirkan sendiri.

SEDIKIT TIPS MEMULAKAN PERNIAGAAN ONLINE

1. Lakukan sesuatu kerja ( perniagaan ) dari mula sampai habis.
2. Rekod keluar masuk aliran wang niaga ( Beli buku lejar ).
3. Cari pelanggan yang tepat ( cth : jual nombor plate kepada pemilik kenderaan, jangan jual kepada penunggang basikal)
4. Target marketing di group-group berkaitan produk ( Lelaki @ Wanita @ Hobi @ Kerja )
5. Melimitkan kegunaan wang niaga ( perlu displin )
6. Sedekah dan jaga hubungan dengan tuhan , ibu bapa, isteri/suami, anak yatim, fakir miskin.
7. Gunakan pengiklanan seperti FB ads jika perlu.
8. Simpan rekod pelanggan ( save dalam telefon ) dan kena mesra dengan pelanggan yang bermacam karenah.
9. Buat index % keuntungan mingguan atau bulanan ( anda akan nampak naik turun perniagaan anda ).

Terima kasih kerana sudi membaca sedikit tips dari saya, Insyaallah jika anda praktikalkan apa yang saya tulis diatas dalam masa 24 jam anda akan terima respon baik dari pembeli dan berterusan. Jika berminat untuk menjadi ejen dropship nombor plate boleh hubungi saya di whatsapp 013-3967167.

BAGAIMANA NAK DAPAT RM2250 SEBULAN JUAL NOMBOR PLATE ?

1 KEPING KEUNTUNGAN RM15
1 HARI JUALAN 5 KEPING X RM15 = RM75
1 HARI RM75 X 30 HARI SEBULAN = RM2250 SEBULAN KEUNTUNGAN JUAL PLATE

Target pembeli adalah pemilik kenderaan. Tahukah anda jumlah kenderaan berdaftar di Malaysia adalah 14,816,407 JUTA dan dijangka akan meningkat.

Hasil Kerja













































































''US Route 50'' Laluan Kegemaran Para Biker Di Amerika

Ini adalah "U.S Route 50" ia terkenal sebagai jalan yang paling panjang, sunyi dan menyeramkan, laluan utama timur-barat perjalana...